Blogger

HOTS

Thursday, April 2, 2015

Mengenali Penagih Dadah

Anda akan melihat perubahan yang tiba-tiba ini pada perangai anak anda atau orang yang anda kasihi. Perubahan ini selalunya mempunyai hubungan dengan penggunaan dadah. Walau bagaimanapun, tiap-tiap jenis dadah mempunyai tandanya tersendiri. Hubungilah doktor anda atau pegawai pemulihan dadah untuk mendapatkan kepastian. Jangan sekali-sekali membuat dignosis anda tersendiri. Antara lain tanda penagihan dadah adalah seperti berikut:
           circ6.gif (239 bytes) Perubahan atau kemerosotan kehadiran di sekolah atau tempat kerja, serta kemerosotan mutu kerja, disiplin dan hasil kerja.
           circ6.gif (239 bytes) Meradang tidak tentu sebab, selalu menguap dan tidak bermaya.
           circ6.gif (239 bytes) Mengelakkan diri daripada tanggungjawab.
           circ6.gif (239 bytes) Perubahan sikap dan tabiat pada keseluruhannya.
           circ6.gif (239 bytes) Rupa paras dan kebersihan diri yang tidak terurus.
           circ6.gif (239 bytes) Tabiat suka menyembunyikan segala yang dilakukan serta dimiliki.
           circ6.gif (239 bytes) Hilang selera makan, kurang berat badan, mata berkaca-kaca dan berair atau mata yang redup. Anak mata menjadi kuyu.
           circ6.gif (239 bytes) Parut atau bekas suntikan di lengan, hujung jari bertukar warna akibat kesan menghisap dadah.
           circ6.gif (239 bytes) Berdampingan dengan mereka yang diketahui menagih dadah,
           circ6.gif (239 bytes) Mengasingkan diri daripada rakan-rakan dan kegiatan masa lapang.
           circ6.gif (239 bytes) Meminta wang secara berlebihan daripada ibubapa.
           circ6.gif (239 bytes) Suka meminjam wang daripada kawan atau mencuri barang yang mudah dijual dari rumah, sekolah, tempat kerja, saudara-mara atau kawan.
           circ6.gif (239 bytes) Selalu mengunjungi tempat aneh tanpa sebab seperti bilik stor, bilik kecil di tingkat bawah bangunan ( untuk mengambil dadah )

sumber daripada , http://smktt.tripod.com/Maklumat%20Dadah.htm

No comments:

Post a Comment