Blogger

HOTS

Thursday, April 2, 2015

KOMIK ANTI-DADAH ( BAHASA MELAYU Dan BAHASA CINA )

Siang hari, mak cik sedang berjalan. Sebuah motosikal melalui dan meragut beg tangannya dengan tiba-tiba, lalu dia terjatuh dan kepalanya terhantuk ke atas bahu jalan..

Kini terdapat kes-kes dahsyat seperti meragut, pembunuhan, rogol dan bunuh diri, kami percaya kebanyakannya adalah dipengaruhi oleh dadah moden. Pihak polis berkata:”jenis dadah sintetik moden ini adalah punca kes jenayah dan masalah sosial masyarakat.”

Kemunculan jenis dadah sintetik yang moden seperti pil ecstasy, syabu, ketamine, elamine 5, adalah perangsang fizikal dan mental yang sangat kuat. Penggunaan berterusan 2-3 kali akan ketagihan dan akhirnya membawa kemusnahan.

Sasarannya adalah remaja dari keluarga yang kaya, kekurangan kasih sayang dan mengejar trend terkini semata-mata. Mengikut statistik daripada pusat pemulihan Charis 2005, 21% daripadanya adalah remaja di bawah umur 25 tahun yang mengambil dadah sintetik, kes fikiran terganggu semakin bertambah.

“Pada mulanya, saya ingin cuba dan hanya main-main saja, anggap ini boleh dihentikan. Tapi apabila mood tidak baik saya ingatlah dadah, gian ini sukar dilawan…lepas main saya berani melakukan gila..saya pernah pecah semua cermin di dalam rumah.” seorang pelatih dari Sarawak berkata.

Mencegah lebih baik daripada mengubati. Bermula daripada pengajaran keluarga dengan memberi lebih kasih sayang kepada remaja supaya mereka tidak akan diajari melalui internet, televisyen dan rakan yang tidak baik.

Utamakan keluarga. Mengambil berat, mengajar dan membimbing anak-anak kita. Jangan sampai ahli dalam keluarga terlibat dalam dadah atau menjadi mangsa ragut barulah menyesal.

Orang muda: kebebasan memilih adalah hak anda. Adalah anda hendak memusnahkan masa depan dan hidup anda?Pilihan yang bijak.

Sumber , Surat Khabar Sinchew dan ditranslat oleh saya. :)
#SayNoToDrugs

Ingat dan belajar Selepas Membaca. #Iktibar #Pengajaran #AntiDadah






No comments:

Post a Comment